Rezeki Masing-Masing


Itulah hidup dikatakan, tidak semua benda kita dapat.

Pada tarikh 7/7/2012 (Sabtu) lepas aku menghadiri jemputan kenduri kahwin sahabat baik adik ipar aku di Senawang Seremban Negeri 9. Majlis tersebut berlangsung di Spanish Villa Resort Homes, sewaktu aku tiba disana terlintas dalam fikiran aku "Wahh GREND nya majlis kahwin mereka. Tempat dia atas bukit lagi, luas mata memandang kawasan sekeliling.

Idaman ku juga.

Kelihatan Kereta pengantin lelaki (Mazda RX-8…..kereta idaman aku) diletakkan di tempat khas sewaktu aku tiba di sana. Dalam hati aku pasangan ini nanti mesti dia takda masalah kalau begaduh suami isteri berbangkit dengan masalah kewangan. Dalam senarai masalah kewangan bahagian akhir sekali. Kalau orang  macam aku ini, masalah kewangan dalam senarai pertama sekali. Tapi itu tidak boleh dipertikaikan, kalau semua orang kaya siapa pula yang mahu jadi pekerja bawahan dan dengan adanya orang kaya merekalah yang menderma kepada orang miskin. 

Ini dinamakan Qodok dan Qadar. Kalau boleh setiap orang mesti inginkan kehidupan yang selesa terutama segi kewangan. Kadang-kadang ada kawan kita semasa zaman bersekolah dahulu, kelihatan seperti mewah, dapat melancung kesana sini, memiliki kereta idaman, tinggal di rumah idaman, mempunyai wang simpanan yang cukup untuk anak-anak apa bila mereka sudah besar nanti dan bekerja dengan jawanag yang menarik (gaji besar). Apa yang sebenarnya aku hendak perkatakan disini adalah, perjalanan hidup kita sebenarnya memang telah ditentukan kaya atau miskin, laluan berliku atau lurus sejak roh kita ditiup dalam rahim ibu lagi. Jadi tidak perlu mengeluh panjang, berusaha dan terus berusaha serta doa itu penting.

Selamat menempuh alam berumah tangga hingga akhir hayat.

Ada masanya persoalan timbul, "Sudah banyak aku berdoa, tapi kenapa 1 pun Alllah tidak makbulkan doa itu?". Aku teringah apa yang Ustaz Habim Fisal yang mengajar Kitab FEKAH di surau taman aku tinggal setiap hari isnin selepas solat Isyak. Katanya dalam ucapan Bismillaahir rahmaanir rahiim pada ayat rahmaa maksud dalam bahasa melayu pengasih. Maknanya Allah taala itu begitu pengasih pada seluruh makhluknya baik manusia, tumbuh-tumbuhan mahupun binatang, semua Dia bagi sezekinya tanpa memilih. Contohnya jiran sebelah rumah kita Ah Cong, memang dah tentu kafir, hari-hari kita nampak dia sembah berhala yang ada depan rumah dia, yang paling best tu kejap-kejap tukar kereta, business menjadi sahaja memanjang pendek kata kaya. Nak bendingkan dengan kita ini hari-hari sembahyang tapi susah jugak. Itu yang dikatakan rahmaa, semua mendapat manafaatNya di duniaini. Namun begitu pada ayat rahiim (penyayang) pula, Allah taala hanya akan memilh mereka-mereka yang tertentu sahaja di akhirat nanti untuk masuk ke SYURGANYA. 


Jadi sebagai pengakhirannya, janganlah kita merungut sangat dengan rezeki yang diterima sekarang, pada mata kita kalau diikutkan memang tak cukup tapi yang penting berkat dan jangan berhenti berusaha terus mencari. Kenapa tak semua doa kita diterimaNya, mungkin ada doa kitu disimpan dulu dan akan diterima di akhirat nanti. .:-)


Search This Blog