Ambulen, kenapa tidak melalui lorong kecemasan?

Laluan Sudah Ada, Kenapa Tak Guna ....?

Saban hari aku pergi kerja menaiki motosikal melalui laluan yang menuju ke Kuala Lumpur yang sudah memang orang tahu akan kesebukan jalan rayanya apa bila waktu puncak. Perkara ini sudah sekian lama telah aku perhatikan, apabila ada sahaja ambulance lalu kenapa ambulance itu susah-susah meminta laluan dengan membunyikan syren kecemasan supaya kenderaan yang berada dihadapannya memberi laluan.

Kenapa dia nak sesak-sesak jugak ya?
Pada pandangan aku, kenapa tidak ambulance tu lalu sahaja di lorong kecemasan yang biasanya digunakan oleh motosikal. Nama pun LORONG KECEMASAN kenapa tidak lalu sahaja. Biasanya penunggang motosikal pasti akan memberikan ruwang untuk hal-hal kecemasan, secara sendirinya ambulance akan cepat tiba di hospital bagi menghantar pesakit.

Laluan motosikal kan lengan, ikut sahaja lah.
Jadi rasanya tidak menjadi masalah lagi untuk ambulance lalu terutamanya pada waktu puncak. Tapi pandangan aku ini hanya berkesan untuk laluan kecemasan milik lebuhraya PLUS sahaja. Kalau Lebuh raya lain tu seperti dari Bandar Klang ke Kuala Lumpur, lorong motosikalnya berasingan dengan laluan kerata, sudah tentunya tak bekesan pandangan aku itu.

BOMBA pun sama sangkut dalam kesesakan.
 Harap pandangan aku ini dapat diguna pakai oleh pembawa ambulance.


No comments:

Post a Comment

Search This Blog