Service Bank Islam Yang LEMBAP

Perkhidmatan di Kuanter Hadapan yang LEMBAP

Sebaik sahaja aku melangkah kaki di Bank Islam Cawangan KL Sentral, sudah kelihatan ramai pengguna yang sedang menunggu giliran. Tujuan aku ke sana untuk membuat bayaran pinjaman perumahan. Sewaktu itu jam baru menunjukkan 1.30 tengahari, dalam hati ku "Waktu rehat di, patutlah ramai orang datang". Maka dengan tenang aku menunggu giliran no aku dipanggil (1126). Tunggu punya tunggu, dah nak dekat 1 jam rupanya, aku tengok kuanter, kosong, aku dah start MEMBEBEL "TAKDA ORANG KE KERJA KAT BANK NI". Bila tengok kuanter ada 4 semuanya, tapi 2 sahaja yang bukak. Kadang-kadang dia jadi 1 pulak.

2 Kuanter je bukak, bila nak habis ni,
aku pun nak jugak kerja ni.
Aku terus menyebukkan diri aku dgn bermain Games dalam HP aku, sampai dah puas main pun, no aku tak jugak naik-naik. Ada kalanya sampai aku tertidur, jauh lagi no nya. Ada sesetengah pelangan yang baru masuk, bila dia tengok je ramai orang terus dia keluar dari bank (BOSAN lah menunggu)....agaknya kut dia kata. Pulakkan semua kakitangan keluar rehat, dia punya Pengurus Bank kalau macam ni memang tidak pandai mengurus bank dialah macam tu gayanya. Dah sampai 1 tahap perut aku dah mula berbunyi (Mintak makan katanya) tanpa melengahkan masa terus aku keluar, start motosikal aku terus ke Kampung Attap KL. Restoran yang aku tuju adalah RESTORAN ZK. Apa lagi terus aku pekena nasi dgn ayam goreng dicurah dengan madu beserta dengan dia punya tahu sekali ditambah pula dengan kuah kari dia yang POWER tu siap tabur dengan papadum sekali. Oder air suam dahlah :-)

Memang POWER dia punya kuah kari.
Makan dengan laparnya aku menghabiskan nasi tu, memang menyelerakan sungguh. Dah selesai makan, aku pergi balik semula ke Bank Islam tu. Masuk dalam tengok pun ramai lagi, macam tak berubah pun time tu waktu sudah menunjukkan jam 3 petang. No aku yg ambil mula-mula takdi dah lepas, jadinya kenalah aku ambik no giliran baru pulak.


Tunggu punya tunggu jam 3.15 petang baru lah no aku dah naik. Selesai je buat pembayaran, terus aku cabut ke office aku di Plaza Sri Sinar Segambut, kebetulan hari dah nak hujan sesangat dah, sampai je aku area Masjid Wilayah terus dibahi hujan, malas akunak pakai baju hujan terus aku bawak motosikal sampai office dalam kebahasan (Dalam & luar) :-(


No comments:

Post a Comment

Search This Blog